disclaimer
about
Hello,Kami Kumpulan A's dari SMK Ideal Heights Tingkatan 5sc2


thankgyu
big clap
Template & design was made by Adam Faiz. Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseobyfor the useful tuto and colourful backgrounds.Please,do not remove the credit.tQ



Memories - SPM 2014
Wednesday, December 10, 2014 | 0 comments
Memories - SPM 2014





Sinopsis
Monday, April 14, 2014 | 0 comments
Bab 1 - KELUARGA

  • Hilmi tiba di rumah Datuk Johari di Kuala Lumpur dari Kedah setelah disuruh oleh Pak Karim.
  • Datuk Johari teringat akan kampungnya yang telah ditinggalkan selama 17 tahun yang lalu.
  • Hilmi bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari dengan tekun memandangkan dia hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu.
Bab 2 - KULI
  • Hilmi sangat rajin bekerja sehingga mendapat pujian daripada Datuk Johari dan Encik Nathan, iaitu jiran Datuk Johari.
  • Hilmi tertarik dengan mainan piano oleh Hayati.
  • Datin Salmah mencari jalan untuk menghalau Hilmi dari rumahnya kerana risau orang akan mengetahui latar belakang Hilmi.
BAB 3 - PIANO
  • Hilmi mencari orang yang memusnahkan tanamannya pada waktu malam.
  • Pada suatu hari Khamis, Hilmi amat risau apabila Hayati belum pulang kerana dia bersama-sama Mohsin menonton wayang.
  • Datin Salmah bangga apabila rakan-rakannya memuji kebun sayurannya yang lebat berbuah.
Bab 4 - HUKUMAN
  • Hilmi bermain piano ketika semua orang tiada di rumah tetapi Mak Minah yang pulang telah menegur perbuatannya kerana bimbang dimarahi oleh Datin Salmah.
  • Piano Hayati rosak dan Datin Salmah merebut peluang itu untuk mengusirnya.
  • Hilmi dimaafkan tetapi gajinya dipotong setelah Datuk Johari campur tangan tentang masalah itu.
Bab 5 - PENUNGGU
  • Sepanjang keluarga Datuk Johari bercuti, Hilmi sibuk membersih rumah itu.
  • Hilmi yang diperkenalkan oleh Mamat kepada Encik Bakar telah mendapat pujian bermain organ dan dia telah bersetuju untuk mengajar Hilmi tanpa mengenakan sebarang bayaran.
  • Hilmi belajar mengenali not-not muzik dengan tekun memandangkan dia begitu minat dengan muzik.
Bab 6 - MUZIK
  • Ketika asyik bermain piano, Hilmi tidak perasan keluarga Datuk Johari sudah tercegat di pintu.
  • Hilmi bergegas membawa masuk beg yang banyak dan terus ke biliknya.
  • Hubungan rapat antara Hilmi dengan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah.
Bab 7 - OLEH-OLEH
  • Melihat perubahan Hayati, Datin Salmah percaya bahawa sikap itu ada kait-mengait dengan bomoh.
  • Datin Salmah memberikan amaran supaya Hayati tidak berhubungan dengan Hilmi.
  • Hayati menghadiahi Mak Minah dengan seutas rantai kecil buatan Swiss.
Bab 8 - SENGKETA
  • Azizah yang cuba mendekati Hilmi berasa kecewa kerana Hilmi hanyalah seorang tukang kebun.
  • Hayati memujuk Hilmi supaya makan selepas Mak Minah tidak berjaya memujuk Hilmi makan.
  • Hilmi meminta bantuan Mamat untuk mencari tempat untuknya kerana dia mahu keluar dari rumah Datuk Johari.
Bab 9 - PERTEMUAN
  • Datin Salmah mulai menyedari akan perubahan Hayati setelah Hilmi tiada kerana matanyaa sudah cengkung dan tidak banyak makan.
  • Hilmi yang dalam perjalanan pulang ke kampung akhirnya berpatah balik ke Kuala Lumpur dan bekerja di stesen minyak di Setapak.
  • Hilmi belajar muzik dengan Encik Bakar semula dan bermain bermacam-macam alat muzik sekali gus membuatkan hubungan antara Hilmi dengan Azizah semakin rapat.
Bab 10 - BEBAS
  • Datin Salmah terkejut dengan perubahan Hayati yang mulai insaf apabila dia menjumpai telekung dan sejadah di dalam bilik anaknya.
  • Apabila mengetahui berita Hayati dan Mohsin berkahwin, Hilmi berasa amat kecewa dan seminggu tidak keluar dari biliknya.
  • Hilmi telah mencipta lagu intermeso dan berbangga kerana dia bukan sahaja boleh bermain alat muzik tetapi juga berbakat menggubah lagu.
Bab 11 - INTERMESO
  • Encik Bakar mengambil Hilmi bekerja dalam quartetnya.
  • Persembahan Hilmi melalui lagu "Sebuah Intermeso" telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton.
  • Encik Bakar dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional kerana Hilmi menyertai quartetnya dan akhirnya Hilmi didaftar sebau ahli persatuan.
Bab 12 - KRISIS
  • Azizah memberitahu Hilmi bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke London dan Hayati akan belajar muzik di sana.
  • Mamat membawa Hilmi menemui Hayati dan meluahkan rasa sayangnya kepada Hilmi.
  • Hilmi dan Azizah mendirikan rumah tangga dan selepas melahirkan anak yang pertama, Azizah pulang ke rumah bapanya kerana bosan akan tugasnya sebagai suri rumah.
Bab 13 - PERPECAHAN 
  • Rumah tangga Hilmi tidak dapat diselamatkan walaupun Encik Bakar dan isterinya cuba campur tangan.
  • Hilmi mencipta beratus-ratus lagu untuk melepaskan perasaannya yang dihadapi.
  • Hilmi memenangi pesta muzik RTM selama tiga tahun berturut-turut dan dia diberi peluang untuk meminpin persembahan konsert.
Bab 14 - SENIMAN
  • Hilmi tidak tiba pada persembahan orkes dan tempatnya digantikan oleh Hayati.
  • Pak Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi merupakan anak kandungnya dan Datuk Johari menyesal akan perbuatannya terhadap isteri pertamanya.
  • Pembedahan terhadap Hilmi selamat dilakukan dan apabila tiba di rumah Datuk Johari dikhabarkan bahawa Hilmi telah tiada.
  • Datuk Johari meninggal dunia kerana terkejut menerima berita kematian Hilmi.





Tema
| 0 comments
Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.

Berikut ialah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa watak Hilmi adalah seorang yang gigih.


1.Gigih menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah ketika bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan rendah.

2. Gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar walaupun pada masa yang sama terpaksa membahagikan masanya untuk bekerja di sebagai pembantu di stesen minyak sehingga menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

3. Gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air.

4. Gigih menghadapi masalah rumah tangganya walaupun akhirnya terpaksa berpisah dengan isterinya disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan.

5. Gigih berusaha bagi memastikan kejayaan konsert perdananya walaupun terpaksa mengabaikan kesihatan dirinya sendiri.






Persoalan
| 0 comments
1. Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan: Contohnya Hilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolah darjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah. Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk mencapai cita – citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah mengubah corak hidup dan masa depannya.

2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia: Contohnya dapat ditunjukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.

3. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup: Contohnya Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.

4. Semangat kerjasama yang membawa kejayaan: Contohnya kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi dimasukkan ke hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian.

5. Sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat: Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi.

6. Gaya hidup segolongan masyarakat yang bersifat kebaratan: Contohnya Datin Salmah sering menghadiri “morning coffee” manakala rumah datuk Johari terdapat sebuah “mini bar”.

7. Sikap suami atau isteri yang curang: Contohnya walaupun sudah bersuami, Hayati masih mencintai Hilmi dan bertemu Hilmi sebelum ke luar negara bersama dengan Mohsin.

8. Sikap sesetengah golongan masyarakat yang masih mempercayai perkara karut dan khurafat: Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hilmi.



Watak & Perwatakan
| 0 comments
A. Hilmi

1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari kampung di Kedah dan hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah.

2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat.

3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup apabila sentiasa sanggup berdepan dengan penghinaan Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik bakar.

4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman di rumah Datin Salmah sehingga taman itu menjadi cantik serta menarik.

5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi penghinaan Datin salmah. Dia juga tidak pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka kepada Pak Karim semasa dia bertemu Pak Kasim.

6. Seorang yang bercita-cita tinggi : Hilmi merantau ke Kuala Lumpur untuk berusaha mencapai impiannya menjadi orang yang Berjaya. Dia berusaha mengejar impiannya dengan berusaha belajar muzik daripada Encik Bakar sehingga menjadi seorang.

7. Seorang yang kuat agama : Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada.

8. Seorang yang bijak/ berkebolehan : Dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya.


B. Datin Salmah:

1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati.

2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya.

3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani kehidupannya seperti masyarakat barat. Beliau dikatakan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning Coffee”.

4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih mempercayai kepercayaan karut apabila mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada hayati sehingga Hayati berubah daripada sikap asalnya.

5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati dengan mengahwinkan hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.

6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan sembahyang sejak hidup sebagai orang kaya dan berharta. Hal ini diceritakan penulis semasa datin salmah menyedari Hayati mula berubah mengerjakan sembahyang.

7. Insaf akan kesilapannya dan ingin menebus dosanya : Datin salmah kesal atas perkara yang telah dilakukannya ke atas Hilmi setelah mengetahui bahawa Hilmi ialah anak datuk Johari. Dia ingin menebus dosanya dengan menyatakan keinginannya untu memelihara anak Hilmi.


C. Hayati

1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin Salmah : Berkahwin dengan Mohsin.

2. Seorang yang cantik.

3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap.

4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama : Sebelum bertemu Hilmi, hayati seorang yang periang dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.

5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai mohsin. Hal ini dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah.


D. Datuk Johari

1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah : Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan “bapa saudara” kepada Hilmi.

2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.

3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan supaya Hilmi tidak keluar dari rumahnya ketika Datin salmah mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu kerana merosakkan piano Hayati. Pada masa yang sama, Datuk Johari bijak kerana hanya memotong gaji Hilmi sahaja.

4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang kebaratan dapat dilihat apabila terdapat sebuah ‘mini bar’ di rumahnya. Beliau seorang peminum minuman keras.

5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu.

6. Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

Nilai
| 0 comments
1. Kegigihan : Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga akhirnya beliau menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.

2. kasih sayang : Contohnya Hayati amat mencintai kekasihnya Hilmi sehingga beliau berubah daripada seorang gadis kebaratan kepada seorang gadis yang taat akan agama.

3. Keimanan : Contohnya Hayati taat mengerjakan sembahyang setelah membaca kitab bertajuk “Hidup sesudah mati”.

4. Kerjasama : Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin kosert perdana setelah Hilmi dimasukkan ke hospital dan kerjasama itu menjadikan konsert tersebut mendapat pujian.

5. Merendah diri : Contohnya, Datin Salmah tidak memiliki sikap rendah diri kerana menghina Hilmi serta bersikap bongkak dan mementingkan darjat.

6. Kejujuran : Contohnya, Hayati tidak jujur kepada suaminya kerana masih mencintai Hilmi walaupun beliau telah bersuamikan Mohsin.

7. Patuh perintah ibu bapa : Contohnya, Hayati memamatuhi perintah ibunya dan mengikut kemahuan ibunya supaya berkahwin dengan Mohsin.

Pengajaran
| 0 comments
1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.

2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan: Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan kerjasama itu membolehkan konsert perdana tersebut Berjaya.

3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada peringkat awal Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar cinta kepada kekasih.

4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita: Contohnya Hayati patuh akan perintah ibunya supaya beliau berkahwin dengan Mohsin.

5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi.

6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal.

7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa mengerjakan solat setelah membaca buku “Hidup sesudah mati”.

FUTURE
PAST